what's new..

2 October 2011

open haus @ teratak jejaka bujang.. part 1..

mode:: topless (wah, gitu..), bertuala, rambut kusut masai, specky sambil dengar lagu kat BBku.. :)

assalamualaikum semua..

semoga semua dalam keadaan yang sehat2 lar k.. those yang pegi open haus rumah amir rayyan dan achaha kin semalam tue, ada tenaga lagi tak nak baca entry nie?! hopefully ada lar kot baki2 tenaga tu k.. korang jgn jemu scroll down sampai abes baca cerita nie tau.. :)

nie adalah yang kedua kali rumah kitorang buat makan2 busat (besar..).. sebelum nie amir rayyan (opismate aku selaku aku nyer housemate juga) ada juga buat makan2 masa bulan puasa hari tue.. time bulan puasa hari tue, dia jemput teman2 blogger dia berbuka di rumah nie.. masa nie aku rasa macam terasing sikit sebab yang datang those blogger2 yang follow blog amir rayyan.. so aku yang tak ada blog nie (pada masa tue ya..) duduk tepi sikit dan mengasingkan diri.. hehe.. tapi, pertemuan pertama tue sgt seronok.. tak sangka dengan berblogging nie dapat tambah kenalan.. :) so, pengalaman yang aku cite kat atas tue adalah pengalaman baru
dan yang pertama lar kirenye.. (dah jemu ker baca?! eh, jgn lagi sebab pre-climax ada pada story kat bawah.. hehe.. )

jadi open haus raya yang semalam nie kire pengalaman yang ke dua aku.. alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.. ramai yang bertandang.. terima kasih diucapkan sebab sudi hadir dan mana2 yang terkurang tue, ampun maaf dipinta dari pihak tuan rumah ya.. jgn serik datang lagik tau if ada event di rumah kitorang lagi k..

sebelum bermulanya sesi open haus kitorang pada pukul 3ptg, kawan2 opis mate aku cik dayah, cik aisyah dan cik emi terlebih dahulu datang memasak lauk rendang daging kat rumah aku nie.. ye lar, nak mempelbagaikan lauk pauk.. tambahan pulak diorang sudi memasak.. so, tak salah lar kan kawan2 membantu .. aku dengan amir rayyan tak sempat nak buat semua tue sebab kitorang baru balek dari CIC Melati Utama sebab ada CIC Open Day kat sana.. kitorang bagi briefing pada parents yang nak enroll anak2 mereka di CIC nie.. so, sampai rumah aje dalam pukul 2 lebih nak dekat pukul 3 dah.. memang tak dan nak prepare semua tue..tapi sowie sgt2 to those 3 princess charming kita (kene puji sikit kat diorang nie.. :)) sebab masa nak memasak rendang daging tue, byk alatan2 memasak tak cukup.. hahaha..sedih nengok diorang menyediakan rencah2 rendang daging dengan tak cukup alatan.. tau2 aje lar rumah bujangkan.. (alasan baik punyer...hehe )..

cik dayah hancur kan cincau dengan garpu.. tok tok tok, bunyi dia hancurkan cincau kat pinggan dengan garpu.. (sedihkan.. ), cik emi potong daging dengan pisau.. dah kira bagus gak tue potong daging dengan pisau.. tapi pisau tumpul pulak.. (redha aje lar cik emi ya.. ) dan cik aisyah duk lar leka tumis2 rencah rendang daging dalam kuali sampai tak sedar api dapur dah lama terpadam dek ditiup hangin.. kahkahkah.. memang lawak time tue.. tapi aku memang nak puji korang sebab atas kerjasama yang diberikan.. rendang daging yang korang masak memang sedap.. gegirl puji rendang daging korang.. sedap dan daging lembut.. itu lar berkat keikhlasan korang dalam membantu lelaki2 bujang macam kami nie.. hehe.. thanks a lot tau..

then, aku tinggal kan diorang kejap sebab aku nak pegi amek laksam kat bukit mahkota, bangi sebab aku lak order laksam dengan sorang kakak kat sana.. tue lar, biar lauk pelbagai.. kalau satu lauk nanti jemu lak para tamu.. hehe.. dalam masa aku ke sana, my manager puan rohaida datang bertandang.. sempat lar beliau rasa nasi hujan panas.. sedap katanya.. (eh, memang sedap pun nasi tue k).. tak sempat aku nak jumpa and beramah tamah bersama beliau sebab masa tue aku kat bukit mahkota kan.. pas aku amek laksam tue, then aku menuju pulang ke teratak sebab datin nina dan amir rayyan dah call tanya aku kat mana and ramai dah datang.. risau rupanya dia di rumah.. hehe..  aku sampai kat rumah dalam pukul 5ptg and tgk ramai teman2 dah sampai.. memang aku terkocoh2 lar nak sedia kan laksam tue.. nak masukkan dalam bekas, nak hidang atas meja semua..

yang dah ada kat umah time tue aku nengok  ada ayunis, datin nina, adam arjuna, ayie dengan kawan ayie yang dua orang tue (hehe.. tak ingat lar plak nama dia .. sowie guys..) nanti kita jumpa lagik and beramah tamah lagik k.. insyaAllah time tue nama2 kalian akan aku ingat.. 3 princess charming pun ada juga time tue, kesian diorang letih menyediakan rendang daging yang sgt sedap tue.. then tak lama pas tue, datin and ayunis minta diri untuk pulang.. terima kasih lar pada korang tau sebab sudi datang bertandang dan yang penting sponsor ayam masak kicap and kueh tiow goreng.. sgt sedap dan juadah pada ketika itu memang dah pelbagai dah.. dalam kepala duk pikir, sapa lar yang nak abes kan semua lauk pauk nie.. huhu..

++

eh, korang.. aku stop dulu lar tau untuk part yang pertama nie k.. takkan nak taip panjang berjela cerita nie kan.. mesti korang bosan nanti.. hehe .. nanti aku post kan entry untuk part yang kedua lak tau .. and aku akan cube letak gambar2 sepanjang event nie berlangsung.. korang lak kene lar stay tuned dengan blog aku.. follow blog aku nie untuk mengetahui cerita kedua.. (wah, siap promote lagi ek... hahahahahaha.. ).. ok lar korang.. aku stop dulu tau sebab aku dah nak mandi2 nak ke raub lak.. nak pegi melawat kawan opis yang baru aje dapat baby boi.. insyaAllah, kita jumpa lagik k.. till then, take care.. :)

4 comments:

  1. huhu!!! umah bujang yg serba kekurangan....nak cari sebilah pisau pon susah...

    ReplyDelete
  2. hehe.. sowie lar.. next time kitorang sediakan pisau satu lorry ya.. :P

    ReplyDelete
  3. hurm... x mention pun kdatangan aku....

    ReplyDelete
  4. normy, sowie as i left you and your partner in this story.. so sowie my dear.. bile dah karang panjang2 nie, baru teringat that i left your part.. Sowie ye.. :( not my intention to do so..

    ReplyDelete