what's new..

30 September 2011

bersengkang mata sampai suboh men'decorate' blog.. kah2..

eh, dah nak dekat subuh dah ek.. sedar tak sedar dah nak dekat pukul 5:30am time aku taip entry nie.. memang gile arr sikit aku pagi nie bersengkang mata men'decorate' blog ni semata2 nak jadi seperti yang aku nakkan.. tapi still tak puas hati lagik.. haha.. (memang lumrah manusia takkan pernah puas kan.. ) byk kali dah aku adjust itu, adjust ini, tambah itu, buang ini, tapi still lagik tak puas hati.. hehe.. leka2 duk decorate blog nie nak bagi cantik, waktu pun dah nak dekat subuh.. pagi nie nanti nak kerja lak.. tak tau lar boleh bertahan ke tak sampai petang ..

memang boleh khayal lar setting2 blog nie.. bile2 pikir balek, macam dah addicted pon ada dah ni.. huhu.. tak apa lar blog.. aku nak mandi, solat suboh and rehat jap sebelum pegi koje.. esok2 aku godek2 lagik ek.. korang yang tengah baca blog aku nie dah solat ke belum?! dah2, jom solat.. jgn duk leka baca blog nie sampai solat korang tinggalkan.. renung2kan dan selamat beramal.. :)

1st time mem'blog'kan diri.. terpengaruh mungkin.. :)

hmm, entah dari mana punca nye tetibe aku rasa macam nak create satu blog peribadi malam nie.. awalnya masa lepak2 kat kedai mamak Haji Tapah Presint 15 tadi, aku dan opismate aku bincang byk perkara dan salah satunya pasal blog.. mendengarkan dari penceritaan mereka (pergh, ayat tak tahan.. hehe..) macam menarik aje blog nie.. so, aku malam nie macam dah terpengaruh sikit lar bile dah dengar cite2 diorang tue.. terus aku create satu laju2.. (pas nie boleh lar follow member2 yang ada blog.. )

aku nie bukan lar jenis yang suke memerah otak semata2 untuk menaip atau mengarang atau mereka atau ape2 aje lar untuk di'story'kan.. hmm, ni pun just for fun aje.. mengisi masa lapang.. macam orang maen bola petang2 tue.. so, masa aku terisi lar sikit kot dengan aktiviti yang berpekdah.. (berpekdah ker aktiviti blog nie?! kah2..) nie pun 1st entry aku.. tak banyak benda yang boleh dikongsikan pun untuk dipermulaan ni.. insyaAllah, kalau ada entry2 yang menarik, aku kongsikan dengan korang ek..