what's new..

7 November 2011

Salam Eid Adha 1432H -- pengalaman menyaksikan ibadah korban..

Assalamualaikum,

Salam Eid Adha, Selamat Hari Raya Haji, Selamat Hari Raya Korban mahupun Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.. biar apa pun sebutannya namun pengertian nya tetap sama.. apa yang penting, maksud pengorbanan itu sendiri dihayati dengan penuh kusyuk dan insaf.. mudah2an.. insyaAllah..

**
seawal pukul 8:30 pagi semalam, aku bergegas ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha.. terasa sayu menyusup dalam diri tatkala mendengar takbir yang bergema..

Masjid Kariah Sikamat.. tempat aku  menunaikan solat sunat Eid Adha pagi semalam..
selepas selesai menunaikan ibadah solat di masjid tersebut dan selesai menikmati juadah raya di rumah, aku adik beradik termasuk juga mak aku ke surau berhampiran untuk menyaksikan sendiri lembu dan juga kambing dikorbankan.. Alhamdulillah, tahun nie mak aku mempunyai bahagian di dalam ibadah korban nie.. nie ada lar 1st time aku nengok macam mana lembu2 dan kambing dikorbankan dan seriously aku rasa semacam bile nengok lembu2 dan juga kambing nie dikorbankan tadi.. dalam aku seriau tadi, sempat lar snap beberapa keping gambar.. 

AMARAN!! SIAPA YANG TAK LEH NENGOK DARAH TUE, JGN TERUSKAN MEMBACA YA..

nie lembu yang ke dua masa aku datang .. lembu yang pertama dah selamat dah..

ajk2 surau tengah bertarung nak membaringkan lembu nie kat tempat persembelihan..

lubang (bawah leher lembu tue) tempat darah lembu tue mengalir nanti time kene sembelih dan terus ke longkang sebelah dia..

waktu nie dah bersiap sedia dah nak sembelih lembu.. aku time nie dah seriau dah.. huhu..

ajk2 surau nak pastikan lagik sekali semua nya ok sebelum proses penyembelihan berlaku..

taraaa.. hehe.. aku time nie dah pegang2 leher aku dah..

ada lagik beberapa ekor lembu tengah tgu giliran..

adik beradik termasuk mak aku yang sabar menunggu giliran  lembu korban..

penyembelihan lembu2 dan kambing tadi diuruskan oleh AJK Unit Amal Surau Al-Falah Taman Desa Rhu.. memang gagah2 mereka semua bagi memastikan majlis berjalan lancar walau telah menjangkau separuh abad.. Tahniah!!
aku juge sempat rakamkan proses penyembelihan salah sekor lembu tadi.. huhu.. live okkay!! memang sgt kental aku time tue ditambah dengan seriau aku nie..  jom layan!!

LAGI SEKALI AKU NASIHATKAN.. KALAU KORANG TAK TAHAN NENGOK DARAH, JGN TEKAN BUTANG PLAY..


perasaan aku time nie memang hanya Allah aje yang tahu..  hehe.. lembu korban mak aku pun selamat disembelih dengan jayanya dan majlis penyembelihan lembu2 dan kambing selesai lebih kurang pukul 12pm.. then ajk2 surau dengan kerjasama penduduk Taman Desa Rhu membantu melapah isi lembu dan kambing korban.. aku pun bantu gak, tapi bantu amek gambar aje lar.. hehe..






meriah suasana time nie dan orang2 taman aku bertungkus lumus menjayakan ibadah korban nie.. masing2 memberikan kerjasama dan aku nengok majlis berjalan dengan lancar even lembu2 yang nak ditumbangkan tadi agak ganas juga.. and this was my 1st time nengok ibadah korban nie dilakukan.. so, macam exited lar jugak tadi.. cume kambing aje aku tak sempat nak amek sebab aku teruja nengok derang sembelih lembu sebenarnya.. hehe..

p/s: hati kecil aku terdetik dan bertanya.. "apa pengorbanan yang telah aku lakukan sepanjang kehidupan aku di muka bumi Allah ini??" tepuk dada, tanya diri.. wallahualam..

4 comments:

  1. meriah desa rhu..siap ada baju seragam.. kat masjid panchor ada 8 ekor.. lambat acara sembelih..balik la rumah dulu..hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. sgt2 meriah ayie.. kat desa rhu ada 7 ekor lembu dan beberapa ekor kambing.. acara penyembelihan kat sini start pukul 10 pagi.. gigih menanti sampai acara penyembelihan habis.. seronok !!

    ReplyDelete
  3. wah masak daging korban sakan lah camni...Selamat Hari Raya Aidil Adha!

    ReplyDelete
  4. nabil, daging korban belum ada masa untuk dimasak lagi.. masih lagik tersimpan di dalam fridge.. kapan mau pulang ke Malaysia??

    ReplyDelete