what's new..

14 July 2013

Salam Ramadan u ols .. even dah terlewat 5 hari ..

Assalamualaikum all,



Di saat aku menulis entry neh, kita dah pun menyambut 5 hari Ramadan.. sah2 aku dah tertinggal ketapi untuk aku ucapkan selamat menyambut Ramadan yang mulia neh pada semua.. tapi still tak salah kan kalau aku ucap sekarang ? hehehe..

Alhamdulillah, sekali lagi aku bertemu bulan Ramadan yang penuh barakah ini.. pada bulan ini jugalah semua umat manusia yang beragama Islam khususnya akan berpusu2 mengerjakan amal ibadah dengan segegeh dan sebanyak mungkin demi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.. ada yang memberikan bantuan dari segi kewangan, makanan, pakaian dan pelbagai lagi untuk anak yatim dan golongan yang memerlukan, ada yang berazam untuk bertarawih penuh, ada yang berazam untuk khatam quran di bulan puasa ini .. macam-macam lagi cara untuk mendapatkan ganjaran pahala dari Allah swt.. tapi apa2 pun yang kita lakukan, hendaklah dengan niat yang ikhlas dan tidak meninggi diri ataupun menunjuk2..

aku juga tidak terkecuali.. berazam untuk bertarawih penuh pada bulan ini.. aku berdoa agar azam aku ini menjadi kenyataan.. takot juge bile dah nak diakhir2 Ramadan nnt, byk pulak dugaan datang sekaligus menghalang niat untuk bertarawih.. contoh, bershopping raya di saat2 akhir ke ? tetibe rasa malas atau penat nak bertarawih ke kan ? aku sendiri tak tau keadaan aku di masa akan datang .. pokoknya, niat aku lah .. dan pepatah ada menyatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. kekeke.. huh, amek !! pada muka aku ..!!

bulan puasa neh juga aku menyambutnya dengan orang yang aku sayangi dan ini adalah kali pertama bersahur dan berbuka bersama isteri tercinta .. Alhamdulillah tak ada lah rasa kekok sgt berbuka dan bersahur bersama beliau .. malah buatkan aku teruja lagik adalah .. hehe.. kalau sebelum ini aku bujang, makan ala kadar dan mana yang ada aje .. tapi sekarang, makan sahur mahupun berbuka semua puan isteri sudah sediakan .. sedaya upaya puan isteri akan menyediakan makanan untuk aku yang sememang nya kuat makan neh ..  hehe.. aku berharap selepas ini kami dapat menyambut raya bersama2 .. 1st time menyambut raya berdua haruslah teruja .. kekeke..

oklah , dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan bulan yang penuh barakah ini kepada semua walaupun dah terlambat 5 hari.. semoga kalian tabah dan sabar mengharungi bulan ini dengan gegeh.. bykkan melakukan ibadah dibulan ini.. dan sama2 kita berdoa agar amalan kita diterima oleh-Nya.. amin ..

jumpa korang di entry yang laen .. kbai ..

No comments:

Post a Comment