Assalamualaikum.. Hi peeps,
sowie lar sebab dah lama aku tak meng'exercise'kan jari-jemari runcing aku nie untuk menulis blog.. last entry aku pun pada 16hb November yang lalu.. tolak campur darab bahagi, nak dekat 2 mgu lebih tak update blog.. those yang mengikuti blog aku pun dah mula bertanya "tak ada entry baru ke??" haha.. macam mana nak jawap tue?? .. dek sebab hambatan kerja yang terlalu byk, jadi sesi mengupdate blog nie aku tolak ke tepi sat.. hopefully, korang paham2 lar ndaknyer dengan keadaan aku nie ek.. hehe
ok, aku tak nak berletiaq byk2 tapi just nak kongsi dengan korang mengenai filem kat atas tue.. those yang pernah baca novel dia, for sure akan terjah panggung sebab nak tgk kesah yang diceritakan di dalam novel diterjemahkan menerusi layar perak kan.. those yang belum pernah baca novel Ombak Rindu tue, better nengok filem nie dulu then kalau nak beli novel tersebut, up to you guys..
aku berkesempatan menonton filem nie dengan si dia pada hari sabtu yang lepas.. memang dah tanam niat di hati nak teman kan si dia nengok filem nie sebab katanya si dia dah baca novel Ombak Rindu nie.. jadi, terus aku booked ticket filem nie laju2.. just wanna make her happy.. tak salah kan.. :)
honestly speaking, masa menonton filem nie, memang bergenang lar sikit air mata aku kan.. tapi tak sampai tahap jatuh air mata ye.. ye lar, sebab babak sedih.. takkan nak gelak lak kan.. huhu.. lakonan maya karin and aaron aziz dalam filem nie pada aku memang terbaik.. lakonan lisa surihani lak, mungkin tak sesuai sgt bawak watak kasar dan pembengis.. sebab lakonan dia nampak tak natural.. mungkin pengarah nak mempelbagaikan watak dia kot.. who knows..
start aku suke dengan lakonan aaron sejak aku tertengok drama siri Nora Elena tue.. even aku tak tengok drama tue sampai ke penghujung episod (sempat lar nengok satu dua episod aje..), tapi lakonan dia sebagai Seth Tan memang betul2 mengujakan aku.. serius time nengok drama Nora Elena tue, aku terperasan dan terberangan kejap kalau lar aku jadi Seth Tan dalam drama tue ...
ok2, dah2.. aku dah mula melalut dah.. back to Ombak Rindu review.. lakonan aaron memang berjaya.. maya karin pun tak kurang hebatnye.. actually dalam cite nie byk aje babak2 yang boleh buat air mata korang bergenang.. those yang berjiwa halus, mungkin akan menitik air mata kot!! kalau cite byk2 kang, spoilt the mood korang plak nak pegi menonton nye.. and time romantik hariz and izzah dalam filem nie, sekali lagik aku terbuai2 dan terperasan dan terberangan kejap kalau lar aku jadi hariz ... haha..
kesimpulan nyer, filem nie memang korang harus tonton.. those dalam hati ada taman tue, yang berjiwa sentimental, tak rugi korang nengok.. worth to watch.. 100% recommended!! dengan barisan lakonan yang mantap dan keindahan alam yang ditunjukkan dalam filem nie, aku yakin korang takkan rasa rugi.. pegi lar menonton k..
aku selitkan trailer Ombak Rindu nie buat korang lagik berkobar2 nak tengok filem nie nanti.. hahaha.. enjoy!!